Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2025

KEBAKARAN MUSNAHKAN 30 PINTU RUMAH DI PULAI RIAN SANGAN, SEORANG LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA

Imej
KEBAKARAN MUSNAHKAN 30 PINTU RUMAH DI PULAI RIAN SANGAN, SEORANG LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA

LATIHAN HARIAN APM SARIKEI PERKASA KESIAPSIAGAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

Imej
LATIHAN HARIAN APM SARIKEI PERKASA KESIAPSIAGAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

APM MIRI AKTIF PANTAU KEJADIAN TANAH RUNTUH, PPS MASIH DIBUKA UNTUK MANGSA

Imej
APM MIRI AKTIF PANTAU KEJADIAN TANAH RUNTUH, PPS MASIH DIBUKA UNTUK MANGSA

APM SERIAN PERKASA KESIAPSIAGAAN KOMUNITI SUSULAN KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TEBEDU

Imej
APM SERIAN PERKASA KESIAPSIAGAAN KOMUNITI SUSULAN KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TEBEDU

APM SELANGAU PERKASA PEMANTAUAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR

Imej
APM SELANGAU PERKASA PEMANTAUAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR

APM DEBAK TUMPASKAN ANCAMAN BUAYA TUJUH KAKI

Imej
APM DEBAK TUMPASKAN ANCAMAN BUAYA TUJUH KAKI DEBAK: SELASA, 16 DISEMBER 2025 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Debak telah menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kehadiran seekor buaya di sebuah kolam ikan di kawasan Babu Tengah, Debak pada jam 11:40 malam . Pengadu, Nyadan , memaklumkan bahawa buaya tersebut telah termakan umpan di kolam ikannya dan dikhuatiri boleh mengancam keselamatan penduduk sekitar. Susulan itu, satu pasukan operasi seramai tiga (3) anggota LLP telah dikerahkan ke lokasi kejadian pada jam 11:42 malam  dan tiba di lokasi pada jam 11:51 malam , dengan jarak perjalanan sekitar 10 kilometer dari PKOD Debak. Setibanya di lokasi, anggota APM segera membuat pemantauan kawasan serta menyediakan peralatan bagi memastikan operasi berjalan dengan selamat. Dalam tempoh tidak kurang lapan (8) minit , dua (2) anggota APM berjaya menangkap seekor buaya sepanjang kira-kira 7 kaki dengan anggaran berat 60 kilogram menggunakan tekni...

TANAH RUNTUH JEJAS SEBUAH RUMAH DI KAMPUNG GAHAT MAWANG, TEBEDU

Imej
TANAH RUNTUH JEJAS SEBUAH RUMAH DI KAMPUNG GAHAT MAWANG, TEBEDU TEBEDU : ISNIN, 15 DISEMBER 2025 TEBEDU:  Kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di Kampung Gahat Mawang , Daerah Tebedu, susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut pada petang Ahad lalu. Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Serian, hujan lebat yang bermula sekitar jam 4.00 petang hingga 6.30 petang pada 14 Disember 2025 telah menyebabkan pergerakan tanah yang menjejaskan sebuah rumah penduduk , melibatkan seorang Ketua Isi Rumah (KIR). Pasukan APM Serian telah melaksanakan pemantauan di lokasi kejadian pada 15 Disember 2025 , bermula jam 4.15 petang hingga 7.00 malam , dengan kekuatan lima anggota yang diketuai oleh pegawai bertugas. Hasil tinjauan mendapati sebahagian struktur rumah mangsa telah roboh , manakala dinding rumah turut mengalami keretakan serius , sekali gus menjadikan kediaman tersebut tidak selamat untuk didiami . Sebagai langkah keselamatan, mangsa tela...

APM MIRI DALAM LANGKAH BERJAGA-JAGA : PEMANTAUAN DITERUSKAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR

Imej
PEMANTAUAN DITERUSKAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR MIRI : KHAMIS, 11 DISEMBER 2025 MIRI :  Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Miri melalui Skuad Bravo telah menjalankan pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air di sekitar Senadin, susulan cuaca mendung yang berterusan di beberapa kawasan. Pemakluman Pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bahagian Miri menunjukkan bahawa tiga PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh. PPS Dewan Bulan Sabit Merah menempatkan 2 KIR melibatkan 4 mangsa banjir , manakala bagi kategori tanah runtuh , PPS yang sama menempatkan 1 KIR terdiri daripada 4 mangsa , dengan status kes semuanya kekal . Sementara itu, PPS SK Kg Angus menempatkan 6 KIR melibatkan 23 mangsa , juga dalam keadaan kekal . Bagi PPS SK Suai Niah , seramai 57 KIR membabitkan 119 mangsa berada di pusat tersebut, yang telah dikemaskini daripada trend Kekal kepada meningkat . Pemantauan yang bermula sekitar jam 1450 di Tudan Phase 5 mendapati paras air b...

BANJIR PUJUT TANJUNG BATU: 29 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS DEWAN BULAN SABIT MERAH MIRI

Imej
BANJIR PUJUT TANJUNG BATU: 29 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS DEWAN BULAN SABIT MERAH MIRI MIRI : 09 DISEMBER 2025, SELASA MIRI:  Sebanyak 29 mangsa daripada lima Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Bulan Sabit Merah Miri selepas kawasan Kampung Pujut Tanjung Batu dilanda banjir, petang tadi. Banjir berlaku susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan paras air meningkat dan menjejaskan lima buah rumah di kampung berkenaan. PPS Dewan Bulan Sabit Merah Miri dibuka pada 9 Disember 2025 bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terpaksa dipindahkan demi keselamatan. Operasi pemindahan turut melibatkan beberapa agensi keselamatan, termasuk  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  dengan kekuatan  1 pegawai dan 4 anggota LLP , serta  RELA  yang menugaskan  seorang anggotanya. Seramai 29 mangsa kini ditempatkan di PPS, merangkumi 14 orang dewasa (7 lelaki dan 7 perempuan), 10 kanak-kanak (4 lelaki dan 6 perempuan)...

OPERASI TENGAH MALAM : 56 MANGSA BERPINDAH KE PPS DEWAN SUARAH BINTULU

Imej
 56 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS DEWAN SUARAH BINTULU BERIKUTAN KENAIKAN PARAS AIR BINTULU : SELASA, 09 DISEMBER 2025 BINTULU : Hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar Bintulu mengalami kenaikan paras air sehingga memaksa 56 mangsa daripada 14 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke PPS Dewan Suarah , tepat jam 12.00 tengah malam . Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu, keadaan banjir kilat berlaku akibat sistem perparitan yang tidak dapat menampung aliran air di beberapa kawasan termasuk Kampung Baru, Kemunting, Bukit Orang, Kampung Jepak dan Good Park . Paras air direkodkan mencecah sehingga satu meter di beberapa lokasi berisiko. Setibanya mangsa di PPS, Kit Makanan Permulaan (KMP) telah diserahkan bagi memastikan kebajikan mereka terjamin sepanjang berada di pusat pemindahan Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu, perpindahan tersebut dilakukan selepas paras air di kawasan berisiko menunjukkan peningkatan ketara dan berpot...

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) KES MANGSA LEMAS DI DANAU BERHADAPAN BALAI BOMBA TATAU

Imej
OPERASI MENCARI DAN  MENYELAMAT (SAR) KES  MANGSA LEMAS DI DANAU  BERHADAPAN BALAI BOMBA TATAU BINTULU : ISNIN, 08 DISEMBER 2025 TATAU : S atu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan lemas telah dijalankan di sebuah danau berhadapan Balai Bomba Tatau, Sarawak, pada Isnin, 8 Disember 2025. Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) Tatau menerima panggilan kecemasan pada jam 0027 pagi daripada pihak PDRM Tatau , memaklumkan mengenai insiden seorang lelaki yang disyaki lemas ketika mandi di kawasan danau tersebut pada 07 Disember 2025 sekitar jam 4.54 petang . Mangsa dikenali sebagai Daniel Anak Jumau , lelaki berusia 23 tahun , berbangsa Iban. Beliau dilaporkan kali terakhir dilihat tanpa berbaju dan memakai seluar berwarna kelabu. Pelaksanaan Operasi SAR Operasi SAR secara rasmi diaktifkan pada 0800 pagi selepas dimaklumkan oleh OCS SJN (PA) Rafiziezuan. Team SAR APM Tatau bergerak ke lokasi pada jam 0800 pagi dan tiba 10 min...

APM SARATOK GIAT JALANKAN PEMANTAUAN DI BEBERAPA BUAH KAMPUNG TERJEJAS DINAIKI AIR

Imej
APM SARATOK AKTIF DI LAPANGAN : PEMANTAUAN MTL TUNJUKKAN KENAIKKAN AIR DI KAWASAN RENDAH SARATOK : 07 DISEMBER 2025, AHAD SARATOK :  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Saratok melaksanakan pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) 2025 di beberapa kawasan hotspot sekitar Sessang dan Saratok bagi menilai keadaan paras air serta risiko banjir susulan fenomena air pasang besar. Pemantauan turut dibekalkan peralatan keselamatan dan operasi seperti jaket keselamatan, baju hujan, alat penyukat air, lampu suluh dan kasut but bagi memastikan pemeriksaan di kawasan rendah dapat dijalankan dengan selamat. Hasil pemantauan mendapati beberapa kawasan rendah di sekitar Sessang dan Saratok mengalami limpahan air susulan fenomena air pasang besar 6.2 meter, namun masih dalam keadaan terkawal dan tidak menghalang laluan trafik. Cuaca sepanjang operasi adalah hujan renyai-renyai dan tiada sebarang kecemasan atau insiden berbahaya dilaporkan. (Sumber Video Orang Awam) APM Saratok akan terus melaksan...

DUA KANAK-KANAK HILANG DI KAMPUNG PASIR PANDAK SELAMAT DIJUMPAI

Imej
AYAH SEBAK, DUA KANAK-KANAK HILANG DI KAMPUNG PASIR PANDAK SELAMAT DI JUMPAI KUCHING : SABTU, 07 DISEMBER 2025 KUCHING :  Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang di Kampung Pasir Pandak, Santubong, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Unit K9. Pusat Kawalan Operasi dan Bencana (PKOB) Daerah Kuching menerima panggilan kecemasan daripada PDRM pada jam 2028hrs, memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa—Humaira Qaiesya Bt Mohamad Dir dan Nur Ashafieya Aishah Bt Abdul Nasri Ashrafie, masing-masing berusia 5 tahun—hilang dari kawasan rumah sekitar jam 0900hrs dan masih belum kembali. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) digerakkan sejurus laporan diterima, dengan kawasan pencarian diperluas dalam radius 1.5 kilometer dari Post Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Pelbagai agensi keselamatan terlibat sepanjang operasi, te...

WANITA DITEMUI MENINGGAL DUNIA : APM SAMARAHAN GERAK PANTAS KE LOKASI

Imej
  WANITA DITEMUI MENINGGAL DUNIA : APM SAMARAHAN GERAK PANTAS KE LOKASI SAMARAHAN : 05 DISEMBER 2025, JUMAAT SAMARAHAN :    Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berkaitan satu kes Sakit Tidak Sedarkan Diri (SKT) di Jalan Sungai Sui, Parlimen P197 Samarahan, pada pagi Jumaat. Panggilan diterima pada jam 6.40 pagi daripada seorang pengadu, Shahrudin, sebelum pasukan MY ASPA O Alpha bergerak ke lokasi pada jam 6.48 pagi menggunakan Ambulans 4x4 Samarahan dengan kekuatan empat anggota LLP. Pasukan tiba di lokasi pada jam 7.06 pagi. Setibanya di rumah mangsa, anggota APM bersama empat anggota polis melakukan pemeriksaan awal dan mendapati mangsa, Ratnawati binti Sharbini, 48 tahun, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Asajaya pada jam 8.10 pagi. Pada jam 8.57 pagi, kenderaan Jeep IPD Sa...

DARI GARIS HADAPAN : PENGARAH APM SARAWAK JELASKAN PROSEDUR UTAMA KETIKA BENCANA MELANDA

Imej
APM SARAWAK PERKUKUH TINDAKAN DAN PERSIAPAN MENGHADAPI MUSIM BENCANA KUCHING : KHAMIS, 04 DISEMBER 2025 KUCHING :    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak terus memperkukuh kesiapsiagaan pasukan serta masyarakat dalam menghadapi pelbagai jenis bencana, khususnya banjir, tanah runtuh dan kebakaran rumah panjang yang sering berlaku di negeri itu. Menurut Pengarah APM Sarawak YS PPJ. (PA) Mohtar Bin Samat, pasukan tersebut sebenarnya telah wujud sejak sebelum kemerdekaan di bawah Akta 221, dan pada awal penubuhannya lebih tertumpu kepada operasi ketenteraan. Namun selepas tahun 1979, fokus APM beralih kepada pengurusan bencana selaras dengan Arahan MKN20. Pengubahsuaian struktur pengurusan bencana selepas banjir besar 2014 turut memperkasa peranan APM di peringkat negeri dan daerah. . Persiapan Sebelum Musim Bencana APM Sarawak menekankan tiga aspek utama persiapan: Pemantapan Keupayaan Pasukan Latihan anggota dipertingkatkan sepanjang tahun. Semua kelengkapan termasuk ...