APM DEBAK TUMPASKAN ANCAMAN BUAYA TUJUH KAKI

APM DEBAK TUMPASKAN ANCAMAN BUAYA TUJUH KAKI

DEBAK: SELASA, 16 DISEMBER 2025


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Debak telah menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kehadiran seekor buaya di sebuah kolam ikan di kawasan Babu Tengah, Debak pada jam 11:40 malam.

Pengadu, Nyadan, memaklumkan bahawa buaya tersebut telah termakan umpan di kolam ikannya dan dikhuatiri boleh mengancam keselamatan penduduk sekitar. Susulan itu, satu pasukan operasi seramai tiga (3) anggota LLP telah dikerahkan ke lokasi kejadian pada jam 11:42 malam dan tiba di lokasi pada jam 11:51 malam, dengan jarak perjalanan sekitar 10 kilometer dari PKOD Debak.



Setibanya di lokasi, anggota APM segera membuat pemantauan kawasan serta menyediakan peralatan bagi memastikan operasi berjalan dengan selamat. Dalam tempoh tidak kurang lapan (8) minit, dua (2) anggota APM berjaya menangkap seekor buaya sepanjang kira-kira 7 kaki dengan anggaran berat 60 kilogram menggunakan teknik menjerut.

Buaya tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut. Operasi di lokasi selesai pada jam 12:10 malam, dan pasukan bergerak balik ke PKOD Debak pada jam 12:18 malam, sebelum selamat tiba pada jam 12:30 malam. Kesemua anggota dan logistik didapati dalam keadaan baik dan mencukupi.

APM Daerah Debak menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada, terutamanya di kawasan berhampiran sungai atau kolam, dan segera melaporkan sebarang kehadiran hidupan liar berbahaya kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA :

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI