OPERASI TENGAH MALAM : 56 MANGSA BERPINDAH KE PPS DEWAN SUARAH BINTULU

 56 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS DEWAN SUARAH BINTULU BERIKUTAN KENAIKAN PARAS AIR

BINTULU : SELASA, 09 DISEMBER 2025


BINTULU : Hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar Bintulu mengalami kenaikan paras air sehingga memaksa 56 mangsa daripada 14 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke PPS Dewan Suarah, tepat jam 12.00 tengah malam.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu, keadaan banjir kilat berlaku akibat sistem perparitan yang tidak dapat menampung aliran air di beberapa kawasan termasuk Kampung Baru, Kemunting, Bukit Orang, Kampung Jepak dan Good Park. Paras air direkodkan mencecah sehingga satu meter di beberapa lokasi berisiko.


Setibanya mangsa di PPS, Kit Makanan Permulaan (KMP) telah diserahkan bagi memastikan kebajikan mereka terjamin sepanjang berada di pusat pemindahan

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu, perpindahan tersebut dilakukan selepas paras air di kawasan berisiko menunjukkan peningkatan ketara dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk.Setibanya mangsa di PPS, Kit Makanan Permulaan (KMP) telah diserahkan bagi memastikan kebajikan mereka terjamin sepanjang berada di pusat pemindahan.



APM Bintulu menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, memantau perkembangan cuaca dan paras air, serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Usaha pemantauan dan kesiapsiagaan akan diteruskan sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya. Pihak APM turut menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA : 

IKUTI/FOLLOW :

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM : APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI