OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) KES MANGSA LEMAS DI DANAU BERHADAPAN BALAI BOMBA TATAU
OPERASI MENCARI DAN
MENYELAMAT (SAR) KES
MANGSA LEMAS DI DANAU
BERHADAPAN BALAI BOMBA TATAU
BINTULU : ISNIN, 08 DISEMBER 2025

TATAU : Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan lemas telah dijalankan di sebuah danau berhadapan Balai Bomba Tatau, Sarawak, pada Isnin, 8 Disember 2025.
Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) Tatau menerima panggilan kecemasan pada jam 0027 pagi daripada pihak PDRM Tatau, memaklumkan mengenai insiden seorang lelaki yang disyaki lemas ketika mandi di kawasan danau tersebut pada 07 Disember 2025 sekitar jam 4.54 petang.
Mangsa dikenali sebagai Daniel Anak Jumau, lelaki berusia 23 tahun, berbangsa Iban. Beliau dilaporkan kali terakhir dilihat tanpa berbaju dan memakai seluar berwarna kelabu.
Pelaksanaan Operasi SAR
Operasi SAR secara rasmi diaktifkan pada 0800 pagi selepas dimaklumkan oleh OCS SJN (PA) Rafiziezuan. Team SAR APM Tatau bergerak ke lokasi pada jam 0800 pagi dan tiba 10 minit kemudian.
Pelbagai agensi turut digerakkan dalam operasi ini, termasuk:
-
APM: 4 anggota
-
PDRM: 4 pegawai, 8 anggota
-
BOMBA: 1 pegawai, 12 anggota (termasuk Skuad Selam Bomba Bintulu)
Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka sekitar 0800 pagi, diikuti taklimat oleh Ketua Komandan Operasi daripada PDRM bagi pembahagian tugasan pencarian.
Pada 1000 pagi, taklimat tambahan diberikan oleh pihak PDRM sebelum Skuad Selam Bomba Bintulu memulakan operasi menyelam.
Penemuan Mangsa
Pada jam 10.41 pagi, penyelam Bomba berjaya mengesan mangsa pada kedalaman 6 meter dari permukaan air dan kira-kira 8 kaki dari PKTK. Mangsa dibawa ke tebing dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar pendek kelabu, seperti dilaporkan oleh pengadu.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Nyabau Bintulu untuk tindakan lanjut.
UNTUK LAIN-LAIN BERITA :
IKUTI/FOLLOW :
FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM :

.jpeg)
Ulasan
Catat Ulasan