LATIHAN HARIAN APM SARIKEI PERKASA KESIAPSIAGAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

LATIHAN HARIAN APM SARIKEI PERKASA KESIAPSIAGAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

SARIKEI: SELASA, 23 DISEMBER 2025


SARIKEI: 
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sarikei telah melaksanakan Latihan Harian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) bagi bulan Disember 2025 bertempat di Sungai Sarikei, bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Latihan ini melibatkan seramai 22 orang anggota, terdiri daripada Pegawai Pertahanan Awam, anggota MyASPA-P serta MyASPA-O dari Daerah Sarikei dan Meradong. Latihan ini telah diketuai oleh Lt. M (PA) Muhd Saizun Amirrudin bin Othman.


Antara silibus latihan yang dijalankan adalah latihan di air, meliputi pengendalian bot, teknik mengayuh secara berkesan serta pengenalan kepada bahasa isyarat ketika berada di atas bot. Anggota diberi pendedahan secara praktikal terhadap penggunaan Bot Aluminium, Bot Fiber dan Bot Dinghy.

Latihan ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran dan tahap kesiapsiagaan anggota, khususnya sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut yang sering membawa risiko kejadian kecemasan melibatkan banjir dan operasi menyelamat di air.

Sepanjang latihan dijalankan, tiada sebarang insiden atau kes kecemasan dilaporkan dan keseluruhan pelaksanaan latihan berjalan dengan lancar serta terkawal.


APM Daerah Sarikei komited untuk terus memperkasa keupayaan anggota melalui latihan berterusan demi memastikan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik dalam melindungi keselamatan masyarakat.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI