APM MIRI DALAM LANGKAH BERJAGA-JAGA : PEMANTAUAN DITERUSKAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR

PEMANTAUAN DITERUSKAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR

MIRI : KHAMIS, 11 DISEMBER 2025


MIRI : 
Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Miri melalui Skuad Bravo telah menjalankan pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air di sekitar Senadin, susulan cuaca mendung yang berterusan di beberapa kawasan.

Pemakluman Pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bahagian Miri menunjukkan bahawa tiga PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh. PPS Dewan Bulan Sabit Merah menempatkan 2 KIR melibatkan 4 mangsa banjir, manakala bagi kategori tanah runtuh, PPS yang sama menempatkan 1 KIR terdiri daripada 4 mangsa, dengan status kes semuanya kekal.



Sementara itu, PPS SK Kg Angus menempatkan 6 KIR melibatkan 23 mangsa, juga dalam keadaan kekal. Bagi PPS SK Suai Niah, seramai 57 KIR membabitkan 119 mangsa berada di pusat tersebut, yang telah dikemaskini daripada trend Kekal kepada meningkat.

Pemantauan yang bermula sekitar jam 1450 di Tudan Phase 5 mendapati paras air berada dalam keadaan menurun, manakala cuaca ketika itu adalah mendung.



Walaupun tiada kejadian banjir berlaku semasa pemantauan, pihak APM turut merekodkan senarai kediaman dan keluarga yang berpotensi terjejas sekiranya paras air kembali meningkat. Sebanyak empat rumah dikenal pasti.



Menurut catatan operasi, Skuad Bravo akan terus melaksanakan rondaan berkala di kawasan hotspot bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa berada pada tahap optimum, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pihak APM akan terus memantau keadaan cuaca serta paras air dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin. Semua agensi berkaitan kekal dalam keadaan bersiap siaga, manakala orang awam dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang perubahan situasi. Semoga keadaan cuaca kekal stabil dan semua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI