WANITA DITEMUI MENINGGAL DUNIA : APM SAMARAHAN GERAK PANTAS KE LOKASI

 WANITA DITEMUI MENINGGAL DUNIA : APM SAMARAHAN GERAK PANTAS KE LOKASI

SAMARAHAN : 05 DISEMBER 2025, JUMAAT


SAMARAHAN :  Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berkaitan satu kes Sakit Tidak Sedarkan Diri (SKT) di Jalan Sungai Sui, Parlimen P197 Samarahan, pada pagi Jumaat.


Panggilan diterima pada jam 6.40 pagi daripada seorang pengadu, Shahrudin, sebelum pasukan MY ASPA O Alpha bergerak ke lokasi pada jam 6.48 pagi menggunakan Ambulans 4x4 Samarahan dengan kekuatan empat anggota LLP. Pasukan tiba di lokasi pada jam 7.06 pagi.





Setibanya di rumah mangsa, anggota APM bersama empat anggota polis melakukan pemeriksaan awal dan mendapati mangsa, Ratnawati binti Sharbini, 48 tahun, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Asajaya pada jam 8.10 pagi.


Pada jam 8.57 pagi, kenderaan Jeep IPD Samarahan tiba untuk proses membawa mangsa. Seramai tiga anggota APM membantu pihak polis mengangkat dan menyerahkan mangsa bagi tindakan lanjut.


APM Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat, termasuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan petugas KKM.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA :

IKUTI/FOLLOW :

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM : APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI