PELAJAR MRSM BETONG TERUJA TEROKA DUNIA PENYELAMATAN BERSAMA APM BETONG Lawatan sambil belajar dedah realiti operasi kecemasan, dari teknik menyelamat hingga pengendalian ular berbisa KHAMIS, 23 APRIL 2026 BETONG: Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong hari ini menerima kunjungan istimewa daripada pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong dalam satu program lawatan sambil belajar yang penuh informatif dan pengalaman praktikal. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang peranan penting APM dalam aspek keselamatan awam, pengurusan kecemasan serta operasi menyelamat. Sepanjang lawatan, para pelajar diperkenalkan dengan pelbagai fungsi dan tanggungjawab APM sebagai barisan hadapan dalam menghadapi situasi kecemasan. Pelajar turut didedahkan dengan demonstrasi serta pameran pelbagai peralatan operasi yang digunakan oleh APM. Antaranya termasuk peralatan pertolongan cemas, peralatan menangkap ular, kelengkapan menyelamat di a...