Catatan

APM KUCHING BERTINDAK PANTAS KE LOKASI KEBAKARAN DI TABUAN

Imej
    31 MANGSA KEBAKARAN  tabuan lot  bernaung di  pps dewan  dato sri junaidi KUCHING : 05 DISEMBER 2025, JUMAAT KUCHING:  Lima buah rumah di Kampung Tabuan Lot musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran lewat malam tadi, namun kesemua 31 penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan. Kejadian yang dilaporkan oleh orang awam, Alif Asraf, berlaku sekitar jam 11.38 malam . Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuching menerima panggilan pada 2338hrs dan bergerak ke lokasi pada jam 0002hrs dengan kekuatan empat anggota menggunakan sebuah ambulans jenis Cam Kingo. Pasukan tiba di lokasi pada 0015hrs dan mendapati empat rumah kayu berpenghuni serta satu rumah tidak berpenghuni telah terbakar 100 peratus . Rumah yang terlibat dimiliki oleh Siti Awie Pawi, Rambli Lamat, Baderi Hasan dan Fatimah Pawi. Turut berada di lokasi ialah pasukan dari Balai Bomba Batu Lintang, Padungan dan Tabuan dengan kekuatan 25 anggota serta bebe...

APM SARAWAK AKTIF LAKUKAN PEMANTAUAN DI KAWASAN HOTSPOT BERISIKO BANJIR

Imej
APM SARAWAK AKTIF LAKUKAN PEMANTAUAN DI KAWASAN HOTSPOT BERISIKO BANJIR MUKAH: Khamis, 27 November 2025 MUKAH:  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah melaksanakan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi berisiko banjir sepanjang hari ini bagi memastikan tahap keselamatan penduduk berada dalam keadaan terkawal. Pemantauan fasa pertama bermula pada 0245HRS dengan keadaan cuaca yang baik, dan selesai pada 0317HRS. Fasa kedua diteruskan pada 2216HRS dan berakhir pada 2303HRS. Menurut APM Mukah, pemantauan awal dilakukan bagi memastikan paras air di kawasan terlibat berada dalam keadaan selamat, selain memastikan penduduk peka terhadap perubahan cuaca dari semasa ke semasa. Lokasi Pemantauan 📍 Kampung Sungai Alo • Sampai: 0256HRS • Selesai: 0300HRS • Paras air: Surut • Cuaca: Baik • Keadaan: Air surut semasa pemantauan dijalankan. 📍 Jeti Kampung Sungai Ragei • Sampai: 0308HRS • Selesai: 0312HRS • Paras air: Surut • Cuaca: Baik • Keadaan: Air surut, tiada ancaman kepa...

APM SARAWAK PANTAU KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN SATRIA JAYA

Imej
KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN SATRIA JAYA KUCHING: Khamis, 27 November 2025 Kuching:  Kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berstruktur kekal  di Lorong E1, Taman Satria Jaya telah dilaporkan pada jam 9.30 pagi. Pasukan respon Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching dengan kekuatan empat (4) anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat. Pemilik rumah dikenal pasti sebagai Teow Mei Hsiang, namun beliau tidak menetap bersama mangsa ketika kejadian berlaku. Penghuni yang terlibat ialah Teow Yoke Kim dan Gooi Siew Kee. Menurut maklumat yang disampaikan oleh menantu mangsa, Tan Lai Guan, mangsa Teow Yoke Kim mengalami kecederaan ringan akibat melecur pada bahagian tangan dan kini sedang menerima rawatan di hospital. Tiada pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan, dan mangsa sedang menginap di rumah saudara terdekat. Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak Bomba.  APM Kuching turut menyalurkan Kit Makanan Permulaan (...

PEMANTAUAN APM : LIMA LOKASI BERISIKO BANJIR DI BINTULU DI LAPOR SELAMAT

Imej
APM BINTULU  SAHKAN KEADAAN TERKAWAL BINTULU : SELASA, 25 NOVEMBER 2025

LEBIH 2000 ANGGOTA APM SARAWAK DIKERAH : NEGERI SIAP HADAPI BANJIR

Imej
LEBIH 2000 ANGGOTA APM  SARAWAK DIKERAH  NEGERI SIAP HADAPI BANJIR

HUJAN LEBAT BERTERUSAN : KAWASAN RENDAH DI ANCAM BANJIR

Imej
​PEMANTAUAN BANJIR  DIAKTIFKAN DI KAWASAN BERISIKO BETONG : SABTU, 22 NOVEMBER 2025 Betong, 22 November 2025 (Sabtu) — Skuad Monsun Timur Laut (MTL) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut apabila melaksanakan pemantauan khusus di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya banjir susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. Pemantauan ini merupakan sebahagian daripada langkah proaktif APM dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan pedalaman khususnya di laluan utama yang sering terjejas apabila paras air meningkat. Seramai tiga anggota APM Betong telah digerakkan ke Jalan Rumah Panjang Duri Bangat, Betong, yang merupakan antara hotspot banjir setiap kali musim monsun tiba. Menurut pasukan pemantau, air di laluan menuju ke rumah panjang telah meningkat sehingga dua kaki, dipercayai akibat curahan hujan berterusan sejak petang semalam. Walaupun keadaan masih terkawal, ...

ULAR SAWA BATIK 16 KAKI BERJAYA DITANGKAP APM SARATOK

Imej
PENDUDUK GEMPAR ULAR SAWA 16 KAKI MUNCUL DI PARIT RUMAH