APM SARAWAK PANTAU KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN SATRIA JAYA
KUCHING: Khamis, 27 November 2025KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN SATRIA JAYA
Kuching: Kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berstruktur kekal di Lorong E1, Taman Satria Jaya telah dilaporkan pada jam 9.30 pagi. Pasukan respon Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching dengan kekuatan empat (4) anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat.
Pemilik rumah dikenal pasti sebagai Teow Mei Hsiang, namun beliau tidak menetap bersama mangsa ketika kejadian berlaku. Penghuni yang terlibat ialah Teow Yoke Kim dan Gooi Siew Kee.
Menurut maklumat yang disampaikan oleh menantu mangsa, Tan Lai Guan, mangsa Teow Yoke Kim mengalami kecederaan ringan akibat melecur pada bahagian tangan dan kini sedang menerima rawatan di hospital. Tiada pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan, dan mangsa sedang menginap di rumah saudara terdekat.
Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak Bomba. APM Kuching turut menyalurkan Kit Makanan Permulaan (KMP) kepada mangsa sebagai bantuan awal bagi meringankan beban pasca kejadian.
APM Daerah Kuching akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa serta bekerjasama rapat dengan agensi-agensi keselamatan lain bagi memastikan kebajikan mangsa sentiasa terjaga.
UNTUK LAIN-LAIN BERITA:
IKUTI/FOLLOW:
FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK




Ulasan
Catat Ulasan