APM KUCHING BERTINDAK PANTAS KE LOKASI KEBAKARAN DI TABUAN

  31 MANGSA KEBAKARAN

 tabuan lot

 bernaung di 

pps dewan 

dato sri junaidi

KUCHING : 05 DISEMBER 2025, JUMAAT


KUCHING: Lima buah rumah di Kampung Tabuan Lot musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran lewat malam tadi, namun kesemua 31 penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Kejadian yang dilaporkan oleh orang awam, Alif Asraf, berlaku sekitar jam 11.38 malam. Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuching menerima panggilan pada 2338hrs dan bergerak ke lokasi pada jam 0002hrs dengan kekuatan empat anggota menggunakan sebuah ambulans jenis Cam Kingo.

Pasukan tiba di lokasi pada 0015hrs dan mendapati empat rumah kayu berpenghuni serta satu rumah tidak berpenghuni telah terbakar 100 peratus. Rumah yang terlibat dimiliki oleh Siti Awie Pawi, Rambli Lamat, Baderi Hasan dan Fatimah Pawi.

Turut berada di lokasi ialah pasukan dari Balai Bomba Batu Lintang, Padungan dan Tabuan dengan kekuatan 25 anggota serta beberapa aset termasuk tiga lori Scania, sebuah CFRT, sebuah Hilux Bomba dan sebuah van forensik. Pihak Polis Diraja Malaysia dari Balai Batu Kawah juga hadir dengan dua anggota dan sebuah MPV.


Kesemua mangsa, berjaya keluar dari rumah masing-masing sebelum api merebak. Mereka kini ditempatkan sementara di Dewan Dato Sri Hj. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA :

IKUTI/FOLLOW : 

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM : APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI