PEMANTAUAN APM : LIMA LOKASI BERISIKO BANJIR DI BINTULU DI LAPOR SELAMAT
APM BINTULU
SAHKAN KEADAAN
TERKAWAL
BINTULU : SELASA, 25 NOVEMBER 2025
BINTULU: – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu telah menjalankan pemantauan rutin di beberapa kawasan berisiko banjir pada pagi Rabu, susulan cuaca yang kekal baik dan keadaan sungai yang dilaporkan berada pada paras selamat.
Pemantauan bermula pada jam 8.18 pagi dan berakhir pada 9.30 pagi, melibatkan lima lokasi utama sekitar daerah Bintulu iaitu Jepak, Good Park, Gem Park, Bukit Orang dan Kemunting.
Menurut laporan yang disediakan oleh SJN (PA) Hamdiah Bt Dris dari APM Bintulu, semua lokasi yang dipantau menunjukkan keadaan cuaca cerah dengan paras air sungai dilaporkan surut.




Ulasan
Catat Ulasan