POKOK REPUT TUMBANG HEMPAP DAPUR RUMAH DI KAMPUNG BUKIT NAGA, OPERASI APM TERKAWAL TANPA KECEDERAAN
POKOK REPUT TUMBANG HEMPAP DAPUR RUMAH DI KAMPUNG BUKIT NAGA, OPERASI APM TERKAWAL TANPA KECEDERAAN
KHAMIS, 16 APRIL 2026
LAWAS: Sebuah rumah di Kampung Bukit Naga, Jalan Punang mengalami kerosakan pada bahagian dapur selepas sebatang pokok asam yang reput tumbang dalam satu kejadian pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 9.31 pagi. Bertindak pantas, seramai tiga anggota telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan.
Setibanya di tempat kejadian, anggota APM mendapati pokok berkenaan telah menimpa bahagian dapur rumah, sekali gus merosakkan struktur atap. Operasi pemotongan dan pengalihan pokok tumbang segera dijalankan dengan kerjasama ahli keluarga pemilik rumah.
Keadaan di lokasi dilaporkan selamat dan terkawal selepas operasi selesai, manakala tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Kesemua anggota APM yang terlibat telah kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas dengan selamat bersama peralatan yang lengkap.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama ketika cuaca tidak menentu serta segera melaporkan sebarang kecemasan kepada pihak APM.
UNTUK LAIN-LAIN BERITA:
IKUTI/FOLLOW:
FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK




Ulasan
Catat Ulasan