TINDAKAN PANTAS APM SARATOK DALAM KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG SESSANG, KABONG

TINDAKAN PANTAS APM SARATOK DALAM KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG SESSANG, KABONG

SABTU, 17 JANUARI 2026


SARATOK: Pada 17 Januari 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok telah bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran rumah persendirian di Kampung Sessang, Kabong pada jam 7.38 pagi. Susulan maklumat diterima, anggota APM Saratok telah digerakkan ke lokasi kejadian pada jam 7.45 pagi bagi menjalankan pemantauan awal dan tindakan keselamatan.

Kejadian ini melibatkan lima orang mangsa termasuk warga emas dan kanak-kanak. Walaupun berdepan kehilangan besar, kesemua mangsa disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa telah mendapatkan perlindungan sementara di rumah ahli keluarga terdekat dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi kejadian ini.

Sepanjang tempoh pengoperasian, semua anggota APM Saratok dan agensi terlibat berada dalam keadaan selamat serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.53 pagi sebelum anggota APM Saratok bergerak pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok dengan semua peralatan dalam keadaan mencukupi.


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Saratok menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terlibat serta mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan kediaman bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI