PEMANTAUAN MONSUN TIMUR LAUT OLEH APM SARATOK, KEADAAN SUNGAI TERKAWAL

PEMANTAUAN MONSUN TIMUR LAUT OLEH APM SARATOK, KEADAAN SUNGAI TERKAWAL

KHAMIS, 22 JANUARI 2026


SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok telah melaksanakan Pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) di beberapa kawasan berisiko banjir sekitar daerah ini pada awal pagi Khamis bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Pemantauan yang bermula pada jam 5.40 pagi dan berakhir pada 6.50 pagi itu melibatkan seramai tiga anggota APM Saratok iaitu Pbt (PA) Fadzilah Binti Ujang, Pbt (PA) Darren Anak Bandang dan Pbt (PA) Alvin Anak Gadut. Pasukan ini menggunakan sebuah kereta persendirian serta dilengkapi jaket keselamatan, vest keselamatan dan lampu suluh.


Antara lokasi yang dipantau ialah Sungai Brangan, Sungai Malong dan Tebingan Sungai Krian. Hasil pemantauan mendapati paras air di semua kawasan berada pada tahap normal walaupun terdapat trend air pasang di Sungai Malong dan Tebingan Sungai Krian. Keadaan cuaca sepanjang operasi adalah baik dan tiada sebarang gangguan atau insiden tidak diingini dilaporkan.

Menurut kenyataan APM Saratok, tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan kawasan rendah di sekitar daerah Saratok tidak terjejas atau dinaiki air susulan Monsun Timur Laut. Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.


“Secara keseluruhan, situasi di kawasan yang dipantau berada dalam keadaan baik dan selamat. Anggota yang terlibat juga telah selamat kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan bersiap sedia untuk digerakkan ke tugasan seterusnya,” menurut kenyataan tersebut.

UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI