SMK KABONG BAKAL TUBUH KASPA, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PELAJAR BERSAMA APM BETONG DAN APM SARATOK JUMAAT, 06 FEBRUARI 2026 BETONG: SMK Kabong menjadi lokasi perbincangan rasmi penubuhan Kadet Angkatan Pertahanan Awam (KASPA) apabila Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapt (PA) Mohamad Noor bin Ini bersama Pegawai Pertahanan Awam Daerah Saratok, Lt (PA) Nur Athirah binti Batu mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan sekolah baru-baru ini. Perbincangan tersebut bertujuan membincangkan pelaksanaan KASPA di SMK Kabong sebagai platform pembangunan sahsiah dan kesiapsiagaan pelajar dalam bidang pertahanan awam. Pihak sekolah menyambut baik cadangan ini serta amat mengalu-alukan penubuhan KASPA sebagai satu inisiatif positif untuk memperkasa pelajar dengan kemahiran beruniform dan nilai khidmat masyarakat. Pertemuan ini turut menyentuh aspek pelaksanaan latihan, struktur organisasi KASPA serta kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (A...