APM LUBOK ANTU LAKSANA PEMERIKSAAN TANAH SUSUR DI TANJONG SKRANG

APM LUBOK ANTU LAKSANA PEMERIKSAAN TANAH SUSUR DI TANJONG SKRANG

ISNIN, 22 JUN 2026


LUBOK ANTU: 
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu telah bertindak balas terhadap satu laporan kejadian tanah susur yang berlaku di Tanjong Skrang, hari ini.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Lubok Antu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 12.30 tengah hari sebelum menggerakkan tiga anggota MYASPA-O Alpha ke lokasi kejadian pada jam 12.32 tengah hari. Pasukan tiba di lokasi pada jam 1.20 petang untuk menjalankan pemeriksaan dan penilaian keselamatan.

Menurut pengadu, Encik Desmond Muling Anak Lawan, kejadian tanah susur telah berlaku di bahagian belakang dapur rumah keluarganya dipercayai akibat hujan berterusan sejak kebelakangan ini. Keadaan cuaca tersebut menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan mengakibatkan hakisan di kawasan terlibat.

Hasil pemeriksaan mendapati berlaku tanah susur dengan anggaran kedalaman dua meter dan lebar kira-kira lapan meter di bahagian belakang dapur rumah persendirian tersebut. Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat atau mengalami kecederaan dalam kejadian ini.


Pasukan APM telah memasang pita keselamatan (hazard tape) di kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang risiko kepada penghuni rumah dan orang awam. Selain itu, nasihat keselamatan turut diberikan kepada penduduk supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan keadaan tanah terutama ketika musim hujan.

Empat penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian ini dikenal pasti sebagai Lawan Anak Jerandeng, Gia Anak Ali, Desmond Muling Anak Lawan dan Cassandra Valia Rimba Anak Elvis Empawie. Kesemua mereka disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tamat pada jam 1.30 petang sebelum pasukan bergerak pulang ke PKOD dan tiba pada jam 2.30 petang selepas menempuh perjalanan sejauh 56 kilometer sehala.

APM Daerah Lubok Antu menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang kejadian yang berpotensi mengancam keselamatan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan awal diambil


UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/INSTAGRAM/INSTAGRAM: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI