KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI

 4 BUAH RUMAH DAN 1

 BUAH KEDAI HANGUS

 TERBAKAR

MIRI : SABTU, 15 NOVEMBER 2025


MIRI: Satu kejadian kebakaran membabitkan empat buah rumah dan sebuah kedai telah berlaku di Kampung Wireless, Miri, malam tadi. Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.40 petang, sebelum skuad Echo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi pada jam 5.42 petang. Pasukan pertama tiba tujuh minit kemudian.

Menurut laporan, kebakaran memusnahkan kediaman beberapa keluarga, membabitkan keseluruhan 71 mangsa daripada 9 Ketua Isi Rumah (KIR). Antara keluarga yang terjejas termasuk rumah milik Normit binti Superdi, Nafisah binti Nizam, Siti Aisyah binti Rambli, Rajimah binti Sahari, Mohd. Najib, Khatijah binti Abdullah, Ainie binti Abdullah, Faizal bin Sapawi dan Rushdi bin Rani.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa wanita dan seorang mangsa lelaki dihantar ke Hospital Miri akibat sesak nafas, namun tiada kematian dilaporkan.

Operasi pemadaman dan penyelamatan melibatkan penyertaan beberapa agensi termasuk:

  • APM: 1 pegawai, 17 anggota LLP serta 3 aset (dua ambulans dan sebuah Toyota Hilux)

  • JBPM: 3 pegawai, 21 anggota LLP beserta enam jentera termasuk Scania dan Hilux

  • PDRM: 2 pegawai dan 7 anggota

  • SESCO: 6 anggota serta sebuah kenderaan utiliti

Ketua operasi APM, Lt. M (PA) Nur Izzati Husna binti Rozaidi, mengetuai 13 anggota lain dalam usaha menyelamat dan sokongan di lokasi.

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mangsa, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Pusat Bulan Sabit Merah Miri. Keadaan di lokasi kini dilaporkan terkawal setelah tindakan pantas pelbagai agensi penyelamat.

Laporan kejadian ini disediakan oleh Sjn. (PA) Ain Zaira binti Rosli, ASPA PKOB Miri, dan disahkan oleh Kapt. (PA) Bonnie Madisun, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Miri.





Di sebalik musibah yang menimpa, diharapkan semua mangsa kebakaran Kampung Wireless Miri diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Kehilangan tempat tinggal serta harta benda bukanlah sesuatu yang mudah, namun sokongan berterusan daripada pihak berkuasa, agensi penyelamat, badan kebajikan dan masyarakat setempat diharapkan dapat meringankan beban mereka.

Semoga semua mangsa dipermudahkan urusan mereka, dipercepatkan proses bantuan serta penempatan sementara, dan diberi ruang untuk membina semula kehidupan dengan lebih baik. Keselamatan yang terjamin, bantuan yang segera, serta keprihatinan masyarakat merupakan dorongan penting buat mangsa kembali bangkit selepas tragedi ini.

Doa dan sokongan moral dari seluruh komuniti amat diharapkan, agar mangsa-mangsa terlibat terus kuat, tabah dan yakin bahawa setiap musibah pasti hadir bersama hikmah dan harapan baharu.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA :

IKUTI/FOLLOW

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM : APMSARAWAK







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini