APM SARAWAK AKTIF LAKUKAN PEMANTAUAN DI KAWASAN HOTSPOT BERISIKO BANJIR
APM SARAWAK AKTIF LAKUKAN PEMANTAUAN DI KAWASAN HOTSPOT BERISIKO BANJIR MUKAH: Khamis, 27 November 2025 MUKAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah melaksanakan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi berisiko banjir sepanjang hari ini bagi memastikan tahap keselamatan penduduk berada dalam keadaan terkawal. Pemantauan fasa pertama bermula pada 0245HRS dengan keadaan cuaca yang baik, dan selesai pada 0317HRS. Fasa kedua diteruskan pada 2216HRS dan berakhir pada 2303HRS. Menurut APM Mukah, pemantauan awal dilakukan bagi memastikan paras air di kawasan terlibat berada dalam keadaan selamat, selain memastikan penduduk peka terhadap perubahan cuaca dari semasa ke semasa. Lokasi Pemantauan 📍 Kampung Sungai Alo • Sampai: 0256HRS • Selesai: 0300HRS • Paras air: Surut • Cuaca: Baik • Keadaan: Air surut semasa pemantauan dijalankan. 📍 Jeti Kampung Sungai Ragei • Sampai: 0308HRS • Selesai: 0312HRS • Paras air: Surut • Cuaca: Baik • Keadaan: Air surut, tiada ancaman kepa...