LATIHAN PISPA SMK AGAMA LIMBANG TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR, BUKTI GENERASI MUDA BERDAYA SAING

LATIHAN PISPA SMK AGAMA LIMBANG TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR, BUKTI GENERASI MUDA BERDAYA SAING

KHAMIS, 16 APRIL 2026

LIMBANG: Seramai 24 pelajar Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) SMK Agama Limbang mempamerkan tahap keyakinan diri yang tinggi menerusi penyertaan dalam latihan mingguan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diadakan petang semalam.


Latihan intensif selama tiga jam itu dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar berpengalaman, merangkumi gabungan pengisian teori dan latihan amali bagi memperkukuh kemahiran asas pertahanan awam dalam kalangan pelajar. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang bukan sahaja berdisiplin, malah bersedia menghadapi situasi kecemasan.

Menariknya, setiap pelajar turut diberi peluang melaksanakan tugasan individu dengan menyampaikan ucapan di hadapan rakan sebaya, sekali gus membantu meningkatkan keberanian, kemahiran komunikasi serta keyakinan diri mereka.





Inisiatif seperti ini dilihat mampu membentuk generasi muda yang lebih berdaya tahan, berpengetahuan dan bersedia menyumbang kepada masyarakat, selaras dengan peranan APM dalam membina komuniti yang peka terhadap keselamatan.

UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI