TINDAKAN PANTAS APM MATU TANGANI KES KEHADIRAN ULAR SAWA
RABU, 4 FEBRUARI 2026
MATU: Kes Kehadiran Ular (KMU) melibatkan seekor ular sawa telah dilaporkan berlaku di Kampung Sekaan, Matu pada 04 Februari 2026 (Rabu). Kejadian tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Matu telah menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kehadiran reptilia berkenaan di kawasan kampung tersebut. Susulan maklumat yang diterima, sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan segera.
Setibanya di lokasi, pengadu telah menunjukkan tempat keberadaan ular sawa tersebut kepada anggota bertugas. Ular berkenaan dipercayai berada di kawasan yang berpotensi membahayakan keselamatan penduduk sekitar.
Anggota operasi kemudiannya menyediakan peralatan yang sesuai bagi tujuan menangkap reptilia tersebut. Operasi penangkapan dijalankan dengan berhati-hati bagi memastikan keselamatan semua pihak terlibat.
Hasil tindakan pantas dan cekap anggota, seekor ular sawa sepanjang kira-kira 1.5 meter telah berjaya ditangkap. Ular tersebut seterusnya dibawa untuk tindakan selanjutnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Ulasan
Catat Ulasan