SMK KABONG BAKAL TUBUH KASPA, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PELAJAR BERSAMA APM BETONG DAN APM SARATOK
SMK KABONG BAKAL TUBUH KASPA, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PELAJAR BERSAMA APM BETONG DAN APM SARATOK
JUMAAT, 06 FEBRUARI 2026
BETONG: SMK Kabong menjadi lokasi perbincangan rasmi penubuhan Kadet Angkatan Pertahanan Awam (KASPA) apabila Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapt (PA) Mohamad Noor bin Ini bersama Pegawai Pertahanan Awam Daerah Saratok, Lt (PA) Nur Athirah binti Batu mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan sekolah baru-baru ini.
Perbincangan tersebut bertujuan membincangkan pelaksanaan KASPA di SMK Kabong sebagai platform pembangunan sahsiah dan kesiapsiagaan pelajar dalam bidang pertahanan awam. Pihak sekolah menyambut baik cadangan ini serta amat mengalu-alukan penubuhan KASPA sebagai satu inisiatif positif untuk memperkasa pelajar dengan kemahiran beruniform dan nilai khidmat masyarakat.
Pertemuan ini turut menyentuh aspek pelaksanaan latihan, struktur organisasi KASPA serta kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di peringkat daerah.
Penubuhan KASPA dilihat sebagai medium penting dalam melatih pelajar berkaitan pertahanan awam, pengurusan bencana serta kesiapsiagaan berkhidmat kepada masyarakat. Melalui KASPA, pelajar akan didedahkan dengan latihan asas seperti pertolongan cemas, penyelamatan, pengurusan bencana dan kepimpinan, sekali gus membantu melahirkan generasi yang berdisiplin, berdaya tahan dan prihatin terhadap keselamatan awam.
Selain membentuk jati diri pelajar, KASPA juga berperanan sebagai sokongan tenaga sukarela kepada APM khususnya ketika bencana dan operasi bantuan awam. Inisiatif ini sejajar dengan aspirasie Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam memperkukuh kesiapsiagaan komuniti serta menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda demi kesejahteraan negara.
UNTUK LAIN-LAIN BERITA:
IKUTI/FOLLOW:
FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK



Ulasan
Catat Ulasan