TINGKAT KOMPETENSI PEGAWAI, APM SIBU LAKSANA UJIAN SILIBUS RAWATAN KECEMASAN

TINGKAT KOMPETENSI PEGAWAI, APM SIBU LAKSANA UJIAN SILIBUS RAWATAN KECEMASAN

KHAMIS, 22 JANUARI 2026


SIBU: 
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melaksanakan Ujian Tahap Penguasaan Silibus Latihan Rawatan Kecemasan bagi Pegawai berpangkat Leftenan (PA) dan Leftenan Muda (PA) bagi bulan Januari 2026. Ujian tersebut telah berlangsung dengan lancar di Bilik Mesyuarat PDPA Sibu.

Ujian ini melibatkan silibus Rawatan Kecemasan dan dilaksanakan bertujuan untuk menilai tahap kefahaman, pengetahuan serta penguasaan pegawai terhadap aspek-aspek penting dalam rawatan kecemasan, selaras dengan keperluan latihan berterusan dan kesiapsiagaan anggota APM dalam melaksanakan tugasan operasi di lapangan.

Pelaksanaan ujian ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan APM dalam memastikan setiap pegawai sentiasa kompeten, berkemahiran dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan atau bencana yang memerlukan tindak balas pantas serta berkesan.

APM Sibu merakamkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai yang terlibat atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Diharapkan latihan serta penilaian seumpama ini dapat terus meningkatkan tahap profesionalisme, kecekapan dan kesiapsiagaan anggota demi keselamatan masyarakat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI