TINDAKAN PANTAS APM KUCHING SELAMATKAN KELUARGA TERPERANGKAP BANJIR

TINDAKAN PANTAS APM KUCHING SELAMATKAN KELUARGA TERPERANGKAP BANJIR

KUCHING: KHAMIS, 01 DISEMBER 2025


KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching telah melaksanakan pemantauan bencana banjir di Kampung Sinar Budi Baru pada awal pagi tadi susulan hujan berterusan yang menyebabkan paras air meningkat dan laluan jalan tidak dapat dilalui.

Pemantauan yang bermula sekitar jam 1.45 pagi itu melibatkan seramai lima anggota LLP APM Kuching yang diketuai oleh Koperal (PA) Junainah Bt Bali. Pasukan pemantauan menggunakan sebuah lori MAN dengan kelengkapan keselamatan lengkap termasuk jaket keselamatan, kasut dan baju hujan.

Ketika pemantauan dijalankan, pasukan APM mendapati sebuah keluarga terperangkap di dalam rumah akibat kediaman mereka telah dinaiki air. Bertindak pantas, pasukan respon telah berjaya menyelamatkan mangsa bersama ahli keluarga dan menghantar mereka ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.

Pemantauan dan operasi ini dijalankan dengan merujuk kepada maklumat daripada MetMalaysia, iHYDRO, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, MyASPA APM Kuching, KMKK serta maklumat orang awam.



Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berlaku sebarang kejadian berkaitan bencana. Sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui MERS 999 atau PKOD Kuching di talian 082-252940 / 082-252941.

APM Daerah Kuching akan terus bersiap siaga bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin, khususnya di kawasan berisiko banjir.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA: 

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/INSTARGRAM/TIKTOK: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI