APM SARAWAK PERKUKUH KECEKAPAN OPERASI MELALUI KURSUS PENGENDALIAN PERALATAN OPERASI

APM SARAWAK PERKUKUH KECEKAPAN OPERASI MELALUI KURSUS PENGENDALIAN PERALATAN OPERASI

RABU, 21 JANUARI 2026


KUCHING: 
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak terus komited dalam memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan serta profesionalisme anggota melalui penganjuran Kursus Pengendalian dan Penyelenggaraan Peralatan Operasi Siri 1/2026 yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Sarawak.

Kursus ini dirangka khusus bagi memastikan setiap anggota APM memiliki kemahiran teknikal yang mantap serta kefahaman menyeluruh terhadap penggunaan dan penyelenggaraan peralatan operasi yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan tugasan menyelamat, operasi kecemasan dan pengurusan bencana.


Antara pengisian utama kursus adalah latihan berbentuk praktikal sepenuhnya melibatkan pengendalian Mesin Gergaji Berantai, penggunaan Breathing Apparatus Set, pengoperasian Mesin Pemotong Berkuasa, serta Simulasi Peralatan Operasi yang mensimulasikan situasi sebenar di lapangan. Latihan ini memberi pendedahan realistik kepada peserta dalam mengendalikan peralatan secara selamat, cekap dan berkesan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Selain meningkatkan kemahiran teknikal, kursus ini turut menekankan aspek keselamatan diri, penyelenggaraan peralatan secara berkala serta kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi pelbagai cabaran operasi, khususnya menjelang Monsun Barat Daya 2026 yang berpotensi meningkatkan risiko bencana seperti ribut, pokok tumbang dan kejadian kecemasan lain.



Penganjuran kursus ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan keupayaan perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berorientasikan kesejahteraan rakyat. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan APM Sarawak sebagai agensi barisan hadapan yang sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan.

Usaha berterusan dalam latihan dan pembangunan kompetensi ini diharap dapat melahirkan anggota APM yang lebih berkemahiran, berdisiplin serta mampu bertindak secara pantas dan profesional demi keselamatan serta kesejahteraan komuniti.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI