DUA KANAK-KANAK HILANG DI KAMPUNG PASIR PANDAK SELAMAT DIJUMPAI

AYAH SEBAK, DUA KANAK-KANAK HILANG DI KAMPUNG PASIR PANDAK SELAMAT DI JUMPAI

KUCHING : SABTU, 07 DISEMBER 2025


KUCHING : Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang di Kampung Pasir Pandak, Santubong, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Unit K9.


Pusat Kawalan Operasi dan Bencana (PKOB) Daerah Kuching menerima panggilan kecemasan daripada PDRM pada jam 2028hrs, memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa—Humaira Qaiesya Bt Mohamad Dir dan Nur Ashafieya Aishah Bt Abdul Nasri Ashrafie, masing-masing berusia 5 tahun—hilang dari kawasan rumah sekitar jam 0900hrs dan masih belum kembali.



Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) digerakkan sejurus laporan diterima, dengan kawasan pencarian diperluas dalam radius 1.5 kilometer dari Post Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Pelbagai agensi keselamatan terlibat sepanjang operasi, termasuk penggunaan Unit K9 bagi mengesan pergerakan dan jejak mangsa.

Hasil pencarian berterusan, kedua-dua kanak-kanak tersebut berjaya dijumpai kira-kira 3 kilometer dari PKTK, dalam keadaan selamat tanpa kecederaan serius dan segera diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut.






Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat, termasuk PDRM, JBPM, Unit K9, serta komuniti Kampung Pasir Pandak yang memberikan kerjasama penuh sepanjang operasi dilaksanakan. Kejayaan menemukan kedua-dua kanak-kanak ini merupakan hasil koordinasi mantap, tindakan pantas serta komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan keselamatan masyarakat terjamin.


APM menyeru orang ramai supaya sentiasa peka terhadap pergerakan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan kawasan yang berisiko. Sikap mengambil berat serta kepantasan melaporkan sebarang kejadian mampu menyelamatkan nyawa dan mempercepatkan tindakan pihak berkuasa.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA :

IKUTI/FOLLOW :

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM : APMSARAWAK






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI