APM SELANGAU PERKASA PEMANTAUAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR

APM SELANGAU PERKASA PEMANTAUAN DI KAWASAN BERISIKO BANJIR

SELANGAU: ISNIN, 22 DISEMBER 2025


SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau telah melaksanakan pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Arip, Selangau, susulan hujan lebat yang berlaku di sekitar Daerah Selangau.

Pemantauan yang dijalankan pada petang Khamis itu mendapati paras air di kawasan sekolah yang rendah berada pada anggaran 0.22 hingga 0.73 meter. Walau bagaimanapun, keadaan dilaporkan masih terkawal dan tidak menjejaskan struktur bangunan sekolah setakat masa pemantauan dijalankan.


Tinjauan tersebut dilaksanakan bagi menilai tahap keselamatan kawasan serta memastikan tiada risiko serius kepada infrastruktur awam dan komuniti setempat. Keadaan cuaca semasa pemantauan adalah baik dan tiada hujan direkodkan.

Operasi ini melibatkan seorang pegawai dan tiga anggota LLP APM Selangau dengan sokongan logistik termasuk sebuah ambulans pacuan empat roda (4x4), jaket keselamatan serta alat penyukat paras air.


APM Selangau akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya berlaku peningkatan paras air atau perubahan keadaan. Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA:

IKUTI/FOLLOW:

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI