APM SARATOK GIAT JALANKAN PEMANTAUAN DI BEBERAPA BUAH KAMPUNG TERJEJAS DINAIKI AIR

APM SARATOK AKTIF DI LAPANGAN : PEMANTAUAN MTL TUNJUKKAN KENAIKKAN AIR DI KAWASAN RENDAH

SARATOK : 07 DISEMBER 2025, AHAD


  • SARATOK : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Saratok melaksanakan pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) 2025 di beberapa kawasan hotspot sekitar Sessang dan Saratok bagi menilai keadaan paras air serta risiko banjir susulan fenomena air pasang besar.
  • Pemantauan turut dibekalkan peralatan keselamatan dan operasi seperti jaket keselamatan, baju hujan, alat penyukat air, lampu suluh dan kasut but bagi memastikan pemeriksaan di kawasan rendah dapat dijalankan dengan selamat.




  • Hasil pemantauan mendapati beberapa kawasan rendah di sekitar Sessang dan Saratok mengalami limpahan air susulan fenomena air pasang besar 6.2 meter, namun masih dalam keadaan terkawal dan tidak menghalang laluan trafik.
  • Cuaca sepanjang operasi adalah hujan renyai-renyai dan tiada sebarang kecemasan atau insiden berbahaya dilaporkan.






(Sumber Video Orang Awam)

APM Saratok akan terus melaksanakan pemantauan berkala sepanjang musim Monsun Timur Laut bagi memastikan keselamatan penduduk, khususnya di kawasan rendah dan berisiko. Komitmen berterusan ini adalah sebahagian daripada usaha kesiapsiagaan bencana bagi mengurangkan risiko serta memberi maklumat awal kepada masyarakat sekiranya berlaku peningkatan paras air.


Orang ramai disarankan untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca, mematuhi arahan pihak berkuasa, serta segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan melalui talian MERS 999 atau PKOD Saratok di 083-436094.

APM Saratok kekal komited meneruskan tugasan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti sentiasa terjamin.


UNTUK LAIN-LAIN BERITA :

IKUTI/FOLLOW :

FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM : APMSARAWAK





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBAKARAN DI KAMPUNG WIRELESS MIRI