APM MIRI AKTIF PANTAU KEJADIAN TANAH RUNTUH, PPS MASIH DIBUKA UNTUK MANGSA
APM MIRI AKTIF PANTAU KEJADIAN TANAH RUNTUH, PPS MASIH DIBUKA UNTUK MANGSA
MIRI: ISNIN, 23 DISEMBER 2025
MIRI: Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku pada 9 Disember 2025 di sekitar Kampung Lusut Jaya, Miri, melibatkan sebuah rumah jenis kekal dan menjejaskan keselamatan penghuninya.
Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan berterusan yang menyebabkan hakisan tanah di bahagian belakang rumah berhampiran tebing sungai. Susulan kejadian tersebut, tanah di bahagian bawah rumah melibatkan kawasan bilik, tandas dan dapur telah runtuh serta-merta dan didapati tidak selamat untuk didiami.
Berikutan itu, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka pada 9 Disember 2025 jam 7.00 malam bertempat di Dewan Bulan Sabit Merah (BSMM), Miri bagi menempatkan mangsa yang terjejas. Sehingga laporan terkini dikeluarkan pada 23 Disember 2025 jam 2.20 petang, PPS tersebut menempatkan seramai satu Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan empat orang mangsa daripada satu keluarga.
Mangsa dikenali sebagai Wong Ing Ing bersama tiga ahli keluarga lain, terdiri daripada dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Keseluruhan mangsa adalah dua lelaki dan dua perempuan.
Pemantauan lanjut telah dijalankan oleh Skuad Bravo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Miri pada 15 Disember 2025 yang diketuai oleh Pbt. (PA) Azrul Bin Atem dengan kekuatan empat anggota dan sebuah kenderaan LRV. Hasil pemantauan mendapati keadaan lokasi masih berisiko dan tidak selamat untuk didiami.
Mangsa telah dinasihatkan untuk terus berada di PPS Dewan BSMM Miri sehingga keadaan benar-benar selamat dan stabil. Keadaan semasa di PPS dilaporkan berada dalam keadaan baik dan terkawal dengan cuaca cerah.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Miri akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.
UNTUK LAIN-LAIN BERITA:
IKUTI/FOLLOW:
FACEBOOK/TIKTOK/INSTAGRAM: APMSARAWAK

.jpeg)
.jpeg)


Ulasan
Catat Ulasan